Tuesday, June 11, 2013

Pelan Perlindungan Takaful Hanya Untuk Yang Betul-betul Sayangkan Keluarga dan Anak-anak.



Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) 

Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah AL-BAQARAH Ayat  240.



Syarikat dah cover. Kenapa saya perlukan Takaful?


Syarikat saya dah sediakan perlindungan Medikal dan hospital untuk saya dan keluarga. Kenapa saya nak keluarkan duit sendiri hanya untuk mendapatkan perlindungan hospital yang sama?

Mungkin ramai dari kita yang berfikiran sedemikian. Tapi secara telusnya, adakah anda pasti, sekiranya anda sakit dan terpaksa cuti berbulan-bulan, pihak syarikat anda akan terus menanggung kos perubatan anda? Atau akan memberikan anda elaun-elaun tertentu ketika anda berehat disebabkan oleh penyakit seperti sakit kritikal?

Dan paling tidak dapat dibayangkan apabila anda tidak mampu menghadirkan diri ke tempat kerja. Dengan undang-undang yang ada pihak syarikat boleh berhentikan dari bekerja disebabkan oleh sakit anda itu. Dan mungkin dengan sedikit pampasan. Dan secara automatiknya, anda juga tidak lagi layak mendapatkan faedah perubatan syarikat.

Ketika itu, di manakah anda ingin mencari belanja perubatan? Jual rumah? Jual kereta? Guna Segala Simpanan anda?

Apa akan berlaku kepada keluarga anda?

Anda tidak mampu sediakan duit belanja makan, minum, sekolah anak-anak, bil elektrik, air dan banyak lagi.

Tiada rumah untuk menjadi tempat anak-anak berlindung  lagi?

Bagaimana pula jika anda mengalami Hilang Upaya Kekal (TPD)? Kepada siapa anda perlu meminta wang belanja? Pusat Zakat? Baitulmal? Kerajaan? Pembangkang? Anda boleh bertanya pada mereka yang pernah memohon bantuan-bantuan tersebut.

Atau kalau ditakdirkan anda tiada lagi, bagaimana nasib keluarga anda? Apa akan jadi pada anak-anak apabila anda sebagai pencari rezeki sudah lagi tiada untuk menyara mereka? Bersediakah anak-anak anda menerima kenyataan? Sanggupkah anda tinggalkan anak-anak hidup merempat?

 Bukankah lebih baik jika mereka tidak perlu memikirkan belanja kerana anda telah meninggalkan harta untuk mereka untuk hidup selesa sehingga tamat pengajian walaupun anda tiada lagi?




Jual rumah kerana memerlukan duit untuk menampung rawatan perubatan. sudah la sakit, rumah pulak terpaksa dijual. sudah pasti anda sanggup demi untuk kesihatan.
Jika dah sakit dan tiada duit serta tiada pilihan, tempat berteduh pun ada yang sanggup jual.

Saya Kerja Kerajaan, Hospital Kerajaan kan Ada...


Jangan gadaikan rumah dan harta benda bila sakit. Biarlah Takaful yang bayarkan untuk anda.
Apabila sakit, harta yang kita bayar berpuluh tahun pun kita sanggup jual asalkan sihat. Alangkah baik kalau ada Takaful.

Alasan ni adalah antara yang paling biasa dikeluarkan. Mungkin jika tiada pilihan, hospital kerajaan adalah yang terbaik. Tapi jika anda mampu peruntukkan sedikit belanja untuk mendapatkan rawatan yang lebih pantas, kenapa perlu susah-susah nak beratur panjang?

Pengalaman saya sendiri ketika anak sulung saya demam panas dan hantar ke hospital kerajaan. Terpaksa menunggu berjam-jam hanya untuk mendapatkan rawatan. 

Manakala anak kedua pula, pergi terus ke swasta, dalam tempoh 1 jam sahaja dah boleh settle. 

kecewa hospital kerajaan hospital sultanah aminah empat jam tunggu rawatan
Sanggupkah anda melihat anak anda menahan sakit berjam jam? Jika ya, anda tidak memerlukan pelan medikal kad terbaik.


Kalau nak beli telefon, kebanyakkan dari kita nak yang terbaik. Apa kelas pakai telefon hitam putih sekarang ni? Saya nak iPhone 5 atau Samsung Galaxy S4. Biarlah mahal. Tapi berbaloi.

Tapi bila untuk rawatan diri sendiri dan anak-anak biarlah saya hantar ke tempat yang paling murah. kalau boleh biarlah yang percuma. Sanggupkah anda melihat keadaan anak-anak anda? Menahan sakit kerana kegagalan anda menyediakan hadiah yang terbaik untuk anak-anak? 

Terfikirkah anda, jika tiba-tiba anda terlibat dalam kemalangan kritikal, dan berlaku berhampiran Prince Court Hospital yang mewah tu. Ambulans datang ambil anda, ke manakah anda akan dihantar? ke Prince Court atau ke Hospital KL? Atau anda masa tu memilih hospital yang percuma sebab nak jaga budget?


Kalau Begitu Apa Yang Perlu Saya Lakukan?


Pelan perlindungan Takaful, adalah berdasarkan dengan konsep saling menderma dan saling membantu.
Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah sorokkan 10% sahaja dari gaji bulanan anda untuk menyediakan satu pelan yang mampu milik. 

Yang mampu memberikan anda perlindungan terbaik dari segi :

1)Penggantian Gaji
2)Elaun Cuti,Elaun Sakit Kritikal
3)Duit Bulanan Keluarga selama 10 Tahun
4)Gaji Ketika Sakit
5) Pelan Hospital RM 4 Juta.

Dan banyak lagi.

Yang penting hubungi saya sekarang di 018-988 3055 untuk saya berikan Pelan Cadangan Mengikut Keperluan Anda. Sediakan Hadiah Paling Bernilai untuk keluarga anda. Untuk anak-anak anda.

Jangan tangguh jika anda rasakan saya boleh membantu anda. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...