Saturday, December 28, 2013

Medikal Kad Terbaik Bertaraf VVIP

Dengan kos perubatan yang meningkat sebanyak 15% setahun, sudah tentu anda memerlukan Pelan Perubatan yang mampu menampung kos tersebut.

Sekiranya didiagnos mengidap salah satu 36 penyakit kritikal sebagai contoh, kos perubatan adalah sangat tinggi. Ada kalanya mencecah sehingga ratusan ribu RM.

Memperkenalkan Pelan Medikal Untuk VVIP. Khas bagi anda yang memerlukan keselesaan ketika mendapatkan rawatan. Dan tidak perlu risau tentang bil yang melambung tinggi.





Dengan Pelan Medikal VVIP ini anda akan mendapat :


Bilik Semasa Rawatan sehingga RM1,000 sehari.
Had Tahunan RM200,000 untuk bil hospital
Had Sepanjang Hayat RM4,000,000.
Jumlah Hari mendapat Rawatan adalah 365 hari.(Kebanyakkan Medikal Kad hanya 120 hari - 200 hari sahaja)
Bil ditanggung 100% oleh syarikat takaful. Tiada ko takaful dan tiada ko payment.
TIADA DEPOSIT Di Hospital Terpilih.




Sekiranya anda memerlukan rawatan pesakit luar, segala bil-bil tersebut anda boleh membuat tuntutan kepada syarikat. Antaranya :


Pembedahan Harian

Penjagaan jururawata di rumah sehingga 365 hari seumur hidup (Normal hanya 120 hari)
Rawatan sebebum masuk ke wad 90 hari.
Ratwatan selepas keluar wad 90 hari.


Sekiranya anda memerlukan rawatan tambahan akibat penyakit yang merubah kehidupan anda:


Pendapat Perubatan kedua. Konsultasi dan diagnosis di Malaysia dan pakar antarabangsa.
Rawatan Kanser Pesakit Luar adalah seperti dicaj.
Rawatan Dialisis Buah Pinggan Pesakit Luar adalah seperti dicaj.
Pemindahan Organ RM200,000 seumur hidup.

Senarai Pemindahan Organ:





Sekiranya anda memerlukan rawatan kecemasan :

Komplikasi Kehamilan RM20,000 setiap tahun.

Senarai Komplikasi Kehamilan :



Rawatan Kecederaan akibat Kemalangan RM5,000 setiap tahun.
Bantuan Perubatan Kecemasan seluruh dunia.





Berapakah Caruman yang saya perlu bayar untuk mendapatkan pelan ini?


Pelan ini bergantung kepada jantina, umur , pekerjaan dan juga status merokok.

Sekiranya anda lelaki berumur 23 tahun, bekerja sebagai admin dan tidak merokok, caruman bulanan hanya RM200 sahaja termasuk contributor waiver dan simpanan.

Jika anda memerlukan proposal percuma boleh isi form di sini :

KLIK UNTUK FORM PROPOSAL PERCUMA atau hubungi 018-988 3055




Monday, September 16, 2013

Perlindungan Kematian (Death), Hilang Upaya Kekal (TPD) dan 36 Penyakit Kritikal (Critical Illnesses)

Pelan Perlindungan Krisis Untuk Anda.


Dari kita tamat belajar di universiti, mula bekerja, berkahwin, mempunyai anak-anak  sehinggalah ke saat anak-anak membesar dan kemudian kita pun bersara, pelbagai cabaran akan kita hadapi.

Antara cabaran paling meninggalkan kesan adalah sekiranya kita mengidap penyakit kritikal (Critical Illness) atau pun mengalami perkara yang lebih meninggalkan kesan seperti hilang upaya kekal (TPD) atau Kematian (Death).

Sekiranya berlaku perkara tersebut, sudah tentu segala perancangan yang anda lakukan untuk keluarga terutama anak-anak akan terbantut. Apa akan jadi kepada keluarga anda? Apa akan jadi kepada pendidikan anak-anak anda?

Ye. Mungkin ada yang akan mengatakan kalau saya sakit, hospital kerajaan ada. Saya staff kerajaan, sudah tentulah boleh masuk Wad Kelas 1. Bagi yang swasta pula, sudah tentu mengatakan company saya cover kos hospital tanpa had dan sebagainya.


Diabetes Rakyat Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.
Diabetes orang Malaysia adalah TERTINGGI di Asia Tenggara. Adakah anda berkemungkinan?


Tahukah anda, sekiranya anda gagal menghadiri diri ke pejabat atau tempat kerja, pihak majikan berhak menamatkan perkhidmatan anda? Apa akan jadi kepada sumber pendapatan anda? Siapa akan menanggung kos rawatan anda? Dan itu kalau sakit, bagaimana kalau anda meninggal atau Hilang Upaya Kekal? Adakah :

1)    Majikan/kerajaan akan menanggung belanja sekolah anak-anak anda sehingga ke universiti?
2)    Siapakah akan memberikan pendapatan untuk pasangan anda?Atau pasangan anda terpaksa bekerja dengan bebanan 2 kali ganda?
3)    Siapa akan membayar bil-bil elektrik, air dan sebagainya jika ditakdirkan anda tiada lagi?
4)    Jika anda mengalami Hilang Upaya Kekal (TPD) siapa akan menanggung belanja anda? Pasangan? Anak-anak? Sanggupkah anda biarkan mereka berhenti sekolah?

Memandangkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, anda memerlukan pelan terbaik untuk anda menghadapi sebarang krisis semasa hidup.

Pelan ini dikenali sebagai Pelan Perlindungan Krisis. Dengan pelan ini anda boleh menyediakan pelan berterusan untuk keluarga anda. Antara faedah pelan ini adalah :

1)    Memberikan anda wang tunai sekiranya anda disahkan  menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
2)    Memberikan keluarga anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan.
3)    Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD).
4)    Family Income Benefit memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan untuk 120 bulan sekiranya anda hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal atau kehilangan nyawa.

5)    Spouse Contributor membayar sumbangan-sumbangan anda pada masa depan sekiranya pasangan anda disahkan menghidap penyakit kritikal, atau hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia.


KLIK UNTUK FORM PROPOSAL PERCUMA atau hubungi 018-988 3055



36 Penyakit Kritikal Dilindungi (36 Critical illnesses)

Di bawah adalah senarai 36 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi :


A. Bahasa Malaysia.


36 Penyakit Kritikal.


1.  AIDS akibat pemindahan darah atau full blown AIDS
2.  Penyakit arteri koronari  termasuk Angioplasti dan rawatan invasif lain bagi  penyakit arteri koronari.
3.  Penyakit sistik modulari.
4.  Anemia aplasia
5.  Pekak
6.  Meningitis
7.  Sindrom apalik
8.  Ensefallitis
9.  Penyakit neuron motor
10.Penyakit alzheimer
11.Hepatitis viral fulminan
12.Skelorisis berbilang
13.Tumor otak benigna
14.Serangan jantung
15.Distrofi otot
16.Buta
17.Penggantian injap jantung
18.Kelumpuhan
19.Pembedahan otak
20.Kegagalan buah pinggang
21.Penyakit parkinson
22.Kanser
23.Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
24.Poliomielitis
25.Kardiomiopati
26.Hilang daya pertuturan
27.Tekanan darah tinggi arteri pulmonari utama
28.Penyakit hati kronik
29.Kelecuran major
30.Strok
31.Penyakit paru-paru kronik
32.Trauma kepala major
33.Pembedahan pada aorta
34.Koma
35.Pemindahan organ major
36.Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis


B. English.


36 Critical Illnesses.


1.  AIDS due to blood transfusion or full blown AIDS
2.  Coronary artery disease including Angioplasty and other invasive treatments for coronary artery disease
3.  Medullary cystic disease
4.  Aplastic anaemia
5.  Deafness
6.  Meningitis
7.  Apallic syndrome
8.  Encephalitis
9.  Motor neurone disease
10.Alzheimer’s disease
11.Fulminant viral hepatitis
12.Multiple sclerosis
13.Benign brain tumour
14.Heart attack
15.Muscular dystrophy
16.Blindness
17.Heart valve replacement
18.Paralysis
19.Brain surgery
20.Kidney failure
21.Parkinson’s disease
22.Cancer
23.Loss of independent existence
24.Poliomyelitis
25.Cardiomyopathy
26.Loss of speech
27.Primary pulmonary arterial hypertension
28.Chronic liver disease
29.Major burns
30.Stroke
31.Chronic lung disease
32.Major head trauma
33.Surgery to aorta
34.Coma
35.Major organ transplant
36.Systemic lupus erythematosus lupus nephritis

KLIK UNTUK FORM PROPOSAL PERCUMA atau hubungi 018-988 3055


Tuesday, June 11, 2013

Pelan Perlindungan Takaful Hanya Untuk Yang Betul-betul Sayangkan Keluarga dan Anak-anak.



Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) 

Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah AL-BAQARAH Ayat  240.



Syarikat dah cover. Kenapa saya perlukan Takaful?


Syarikat saya dah sediakan perlindungan Medikal dan hospital untuk saya dan keluarga. Kenapa saya nak keluarkan duit sendiri hanya untuk mendapatkan perlindungan hospital yang sama?

Mungkin ramai dari kita yang berfikiran sedemikian. Tapi secara telusnya, adakah anda pasti, sekiranya anda sakit dan terpaksa cuti berbulan-bulan, pihak syarikat anda akan terus menanggung kos perubatan anda? Atau akan memberikan anda elaun-elaun tertentu ketika anda berehat disebabkan oleh penyakit seperti sakit kritikal?

Dan paling tidak dapat dibayangkan apabila anda tidak mampu menghadirkan diri ke tempat kerja. Dengan undang-undang yang ada pihak syarikat boleh berhentikan dari bekerja disebabkan oleh sakit anda itu. Dan mungkin dengan sedikit pampasan. Dan secara automatiknya, anda juga tidak lagi layak mendapatkan faedah perubatan syarikat.

Ketika itu, di manakah anda ingin mencari belanja perubatan? Jual rumah? Jual kereta? Guna Segala Simpanan anda?

Apa akan berlaku kepada keluarga anda?

Anda tidak mampu sediakan duit belanja makan, minum, sekolah anak-anak, bil elektrik, air dan banyak lagi.

Tiada rumah untuk menjadi tempat anak-anak berlindung  lagi?

Bagaimana pula jika anda mengalami Hilang Upaya Kekal (TPD)? Kepada siapa anda perlu meminta wang belanja? Pusat Zakat? Baitulmal? Kerajaan? Pembangkang? Anda boleh bertanya pada mereka yang pernah memohon bantuan-bantuan tersebut.

Atau kalau ditakdirkan anda tiada lagi, bagaimana nasib keluarga anda? Apa akan jadi pada anak-anak apabila anda sebagai pencari rezeki sudah lagi tiada untuk menyara mereka? Bersediakah anak-anak anda menerima kenyataan? Sanggupkah anda tinggalkan anak-anak hidup merempat?

 Bukankah lebih baik jika mereka tidak perlu memikirkan belanja kerana anda telah meninggalkan harta untuk mereka untuk hidup selesa sehingga tamat pengajian walaupun anda tiada lagi?




Jual rumah kerana memerlukan duit untuk menampung rawatan perubatan. sudah la sakit, rumah pulak terpaksa dijual. sudah pasti anda sanggup demi untuk kesihatan.
Jika dah sakit dan tiada duit serta tiada pilihan, tempat berteduh pun ada yang sanggup jual.

Saya Kerja Kerajaan, Hospital Kerajaan kan Ada...


Jangan gadaikan rumah dan harta benda bila sakit. Biarlah Takaful yang bayarkan untuk anda.
Apabila sakit, harta yang kita bayar berpuluh tahun pun kita sanggup jual asalkan sihat. Alangkah baik kalau ada Takaful.

Alasan ni adalah antara yang paling biasa dikeluarkan. Mungkin jika tiada pilihan, hospital kerajaan adalah yang terbaik. Tapi jika anda mampu peruntukkan sedikit belanja untuk mendapatkan rawatan yang lebih pantas, kenapa perlu susah-susah nak beratur panjang?

Pengalaman saya sendiri ketika anak sulung saya demam panas dan hantar ke hospital kerajaan. Terpaksa menunggu berjam-jam hanya untuk mendapatkan rawatan. 

Manakala anak kedua pula, pergi terus ke swasta, dalam tempoh 1 jam sahaja dah boleh settle. 

kecewa hospital kerajaan hospital sultanah aminah empat jam tunggu rawatan
Sanggupkah anda melihat anak anda menahan sakit berjam jam? Jika ya, anda tidak memerlukan pelan medikal kad terbaik.


Kalau nak beli telefon, kebanyakkan dari kita nak yang terbaik. Apa kelas pakai telefon hitam putih sekarang ni? Saya nak iPhone 5 atau Samsung Galaxy S4. Biarlah mahal. Tapi berbaloi.

Tapi bila untuk rawatan diri sendiri dan anak-anak biarlah saya hantar ke tempat yang paling murah. kalau boleh biarlah yang percuma. Sanggupkah anda melihat keadaan anak-anak anda? Menahan sakit kerana kegagalan anda menyediakan hadiah yang terbaik untuk anak-anak? 

Terfikirkah anda, jika tiba-tiba anda terlibat dalam kemalangan kritikal, dan berlaku berhampiran Prince Court Hospital yang mewah tu. Ambulans datang ambil anda, ke manakah anda akan dihantar? ke Prince Court atau ke Hospital KL? Atau anda masa tu memilih hospital yang percuma sebab nak jaga budget?


Kalau Begitu Apa Yang Perlu Saya Lakukan?


Pelan perlindungan Takaful, adalah berdasarkan dengan konsep saling menderma dan saling membantu.
Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah sorokkan 10% sahaja dari gaji bulanan anda untuk menyediakan satu pelan yang mampu milik. 

Yang mampu memberikan anda perlindungan terbaik dari segi :

1)Penggantian Gaji
2)Elaun Cuti,Elaun Sakit Kritikal
3)Duit Bulanan Keluarga selama 10 Tahun
4)Gaji Ketika Sakit
5) Pelan Hospital RM 4 Juta.

Dan banyak lagi.

Yang penting hubungi saya sekarang di 018-988 3055 untuk saya berikan Pelan Cadangan Mengikut Keperluan Anda. Sediakan Hadiah Paling Bernilai untuk keluarga anda. Untuk anak-anak anda.

Jangan tangguh jika anda rasakan saya boleh membantu anda. 



Saturday, December 22, 2012

Prudential BSN : Telah Dianugerahkan Operator Takaful Terbaik di Asia

Tahniah kepada Prudential BSN Takaful kerana telah memenangi anugerah sebagai Pengendali Takaful Terbaik Asia 2012.

Ini telah membuktikan kesungguhan kami dalam memberikan servis terbaik kepada para pelanggan kami.

Jadi bagi yang masih ragu-ragu untuk memilih yang terbaik, boleh lah rujuk pada award di bawah :










Terima kasih di atas sokongan para pelanggan kami. Diharapkan sokongan anda kekal berterusan untuk kami memberikan khidmat terbaik untuk anda.



Saturday, November 10, 2012

Berapa Sayangkah Anda Pada Anak-Anak? Hayati Video2 Ini.

ADAKAH DENGAN MENGATAKAN SAYA SAYANG ANAK SAYA SAHAJA? DENGAN PENGORBANAN? PENGORBANAN BAGAIMANA? DENGAN NYAWA? WANG RINGGIT? 

ATAU MENYEDIAKAN PELAN PERLINDUNGAN DAN PENDIDIKAN YANG KOMPREHENSIF?
 SEMUANYA ADALAH PILIHAN ANDA.







KLIK UNTUK FORM PROPOSAL PERCUMA atau hubungi 018-988 3055

Thursday, October 25, 2012

Pelan Perlindungan + Simpanan + Achiever Bonus

Mulakan langkah Pertama dengan Pelan Ideal

Pelan Khas untuk anda yang berumur antara 19 - 25 tahun.



Pelan ini adalah  adalah satu pelan sumbangan berkala  berkaitan-pelaburan yang memberi anda kebebasan untuk
mengubahsuai  pelan  anda  bagi  memenuhi  keperluan  gaya hidup anda pada setiap peringkat kehidupan anda.

Pelan  ini  juga  meraikan  pencapaian  dalam  kehidupan anda melalui ciri uniknya, Bonus AchieveFirst.
sangat  sesuai  jika  anda  berumur  di antara 19 hingga 25 tahun. Dengan sumbangan minimum
berjumlah  RM100  sebulan,  anda  boleh memilih  supaya  pelan anda matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.



Ciri-ciri unik berikut disediakan hanya untuk anda:






Anda boleh meningkatkan taraf perlindungan anda dengan manfaat-manfaat tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.


KLIK UNTUK FORM PROPOSAL PERCUMA atau hubungi 018-988 3055






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...